Saturday 7 May 2011

Antara Hati dan Dia


(perbualan antara Hati dengan insan terpilih a.k.a Dia)
 
Hati: Nah, ambil la benda ni.

Dia : Apa ni?

Hati :Ini adalah hati. Hati aku.

Dia: Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?

Hati: Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
        Kau lebih dari seorang kawan.

Dia: Terima kasih.... ianya bererti. Aku terlalu
        menghargainya.
 

Hati: Oh ye ke... tapi maaf.

Dia:Untuk apa?

Hati:Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian saja...

Dia: Maksud kau?

Hati: Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
          Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri. 
          Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti
          barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada
          keajaiban yang tersendiri.

Dia: Mistik? Kelakar bunyinya...

Hati: Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
         Rentak perasaan orang yang aku beri. 
        Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan   bersinar.
         (lalu hati menunduk dengan perasaan sedih)


Hati: Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap.
         Mungkin akan terus mati untuknya.  
         Ianya bukan satu benda yang percuma. 
         Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang  istimewa.
         Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau. 






Thanks For Reading My Entry


Jumm LIKE :)

0 Budak Baik: