Wednesday 15 June 2011

Menunggu

Ke kiri aku buntu,
ke hutan aku hilang,
ke timur aku kosong,

aku terus bosan dan tertekan,
seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku,
dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai,

warnaku rindu,
jiwaku biru,
menunggu cintaku umpama si buta yang melihat syurga,
umpama lampu yang yang berbunyi hitam,
lalu terus menunggu,

kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari,
dibebankan dengan bunyi rintisan hujan,
seperti mahu saja aku mengejar,
gunung yang besarnya tidak terdakap,
seperti itu jugalah rindu aku pada cintaku,

kini harus aku terus menunggu,
atau hilang saja dilautan luas,
bersama kasih sayangku...





Thanks For Reading My Entry


Jumm LIKE :)

0 Budak Baik: